Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Menyambut Hari Guru











Selamat
Menyambut Hari Guru

sajak yang sangat dalam nilai dan maknanya dari SN Usman Awang (1979) antaranya:

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,

alurkesetiaan mengalirkan nasihat,

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,

seribu tahun katanya menjadi nikmat,
diakhir sajak diungkapkan

Budi yang diapungkan didulang ilmu,

menjadi kenangan di akhir hayat,


Selamat Hari Guru pada semua yang ikhlas mencurahkan ilmu dengan penuh iltizam keyakinan akan perubahan kepada murid-muridnya. Terima kasih semua guru Ku

Azizul Azli




Khamis, 14 Mei 2009

Generasi - X




Memahami Genarasi – X

Kemunculan media baru pada 1999 seringkali dianggap sebagai perkara mudah oleh sebilang kita, impak dari angapan bahawa media demokratif ini tidak penting serta tidak memberikan kesan menjadikan pilihan media perdana semakin kecil dan merosot
Pengunaan media baru adalah sangat penting hari ini dalam apa sahaj bidang yang ingin kita majukan , baik bidang perniagaan, politik, kesusteraan mahupun bidang perhubungan
Generasi hari ini dikenali senagai ‘generasi net’ yang mana menjadikan sebahagia ataupun sepenuhnya kehidupan mengunakan media internet. Siapa pernah menjangkakan hari ini untuk memesan mee goreng, roti canai dan teh tarik juga boleh dilakukan mengunakan internet. Inilah yang dinamakan generasi masa hadapan, menurut Dan Scoop yang dinamakan generasi masa hadapan adalah hari ini .

HP Baru

Bagi generasi ibu bapa kita yang hidup sebagai generasi ‘baby boomer’ menurut Norizan Sharif sudah pastinya merasakan suatu hal yang ‘aneh’ dan terasing dengan perilaku anak-anak dan remaja hari ini. Mereka hidup dalam dunia penuh fantasi. Dunia mereka adalah apa yang mereka ciptakan dan mereka tidak melihat perubahan yang dilakukan oleh generasi sebelumnya. Menurut Norizan ‘Baby Boomer’ merupakan mereka yang lahir dari tahun 1946-1964 ( umur sekitar 45 – 64 tahun). Menurut beliau lagi generasi –X adalah mereka yang lahir selepas peperangan dunia dan kemerdekaan Negara, golongan ini berada pada sekitar usia 30-44 tahun .

Generasi –X mengunakan media yang bersifat interakrif dalam segala aspek kehidupan mereka serta senantiasa menantikan teknologi terbaru untuk dipelajarai. Sementara generasi ‘Baby Boomer’ telah lama menutup pintu kepada segala teknologi terkini kecuali menukar microwave dapur baru, hp yang memiliki 3G tanpa kita memahami fungsinya, membeli kenderaan baru dipasaran kerana kita mampu memilikinya tanpa kita sedari kehadiran ‘Hybrid’ diperkenalkan.

Menutup diri dari memahami teknologi terkini sebenarnya seperti membina tembok untuk memahami anak-anak kita yang hidup pada generasi yang lebih komplek iaitu generasi- Y dan generasi-Z. Tembok pemisah ini akan menjadikan kita semakin kurang berinteraksi dengan mereka semua dan kita seringkali menyalahkan mereka tidak memehami aspirasi kita.

Berdasarkan daftar penduduk Negara kita , generasi kita yang dikenali sebagai generasi ‘Baby Boomer’ hanya menguasai 16% dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Kelumpok generasi –X dan generasi –Y merupakan kelompok yang seimbang untuk dengan jumlah penduduk adalah 21% mewakili jumlah penduduk. Dengan tidak memahami komunikasi generasi-X dan Generasi –Y akan menjadikan generasi 'Baby Boomer" semakin terpinggir dalam masyarakat mereka ini. Kita akan menjadi seorang yang sangat nostalgia dengan mempercayai bahawa zaman kita adalah zaman yang terbaik dari segala segi aspek kehidupan. Kelompok ini juga akan menyatakan suatu hari nanti bahawa generasi mereka juga yang terbaik. Dalam hal sebegini sejarah tidak boleh disalahkan kepada mereka sebaliknya memahami golongan ini adalah pendekatan terbaik .

Salam perkenalan moga kita semakin kehadapan serta semakin mengenali generasi-X,
Wasalam

Azizul Azli Ahmad

Khamis, 7 Mei 2009

SELAMAT BERCUTI


Selamat Bercuti bagi pelajar yang telah tamat menduduki peperiksaan


manafaat sebaiknya cuti ini dengan hal2 yang bersesuaian dengan status sebagai pelajar.


terdapat juga ramai yang kecewa tidak dapat menjadi pelajar universiti seperti anda. bersyukurlah bahawa anda merupakan pelajar yang 'terbaik' di dipilih menjadi warga universiti.


Saya ingin mencadangkan cuti ini untuk:




1. Mencari Wang saku tambahan untuk semester akan datang @ timba pengalaman hidup dari kerja tersebut.




2. Menambah ilmu dengan membaca ataupun memperbaiki skill lukisan senibina anda




3. Jalan-jalan @ Melancong melihat dunia luar dari kebiasaan anda, melihat rekabentuk terbaru atau lawatan kenegara luar jika berkemampuan. Rujukan design banyak terdapat di'luar'sana dan pengalaman dari melihat dan 'menikmati' design yang baik ini lebih bermakna dari melihat gambar semata-mata




akhir sekali, jangan lupa membantu keluarga semasa cuti ini dan yang lebih penting manafaatkan cuti ini untuk bersama keluarga dan kembalikan kemesraan yang semakin hilang. keluarga adalah harta yang sanagt bermakna. Selamat bercuti dan menikmati kehidupan anda.

Bali 2009




























Rancangan ke Pulau Dewata 19-23 Jun 2006 nanti






JOM Bali 2009






Masih berminat ke Bali?







Perbahasan ciri-ciri seni bina Islam


Oleh Azizul Azli Ahmad


Menurut Ibnu Khaldun sebuah peradaban yang baik dilihat dari seni binanya. Apakah Taj Mahal, India yang merupakah kuburan pemaisuri Syah Jahan dengan pembangunkan monumental dan mewah itu dinilai sebagai sebuah seni bina Islam ?
Menurut Bambang Pranggono , Ketua Pusat Bandar Raya Islam dan Petempatan Manusia makam permaisuri Syah Jahan yang berbentuk masjid itu yang lebih dikenali sebagai Taj Mahal bukan merupakan simbol seni bina Islam.
Dalam syariat Islam pembangunan kuburan atau makam yang berlebihan adalah dilarang dalam Islam.
Apakah dengan hadirnya kubah pada bumbung sesebuah bangunan sudah dianggap sebagai sebuah seni bina Islam?. Islam sendiri tidak pernah meletakkan sebuah kepastian apakah seni bina Islam tersebut. Di dalam al-Quran dan Hadis Rasullulah s.a.w. tidak dijelaskan secara terperinci dan jelas apakah bentuk dan seni bina Islam.
Kubah sendiri bukannya berasal daripada kebudayaan Islam. Semasa perkembangan dan penyebaran Islam, kerajaan-kerajaan bukan Islam seperti Byzantin telah memiliki monument seni bina yang agung dan mewah.
Pemerintah Islam pada ketika itu merancang pembangunan masjid dan kota yang tidak akan tenggelam dengan kehebatan seni bina bukan Islam sebelumnya.
Oleh yang demikian, pemerintah Islam memerlukan tenaga pakar bangunan dari golongan bukan Islam untuk tujuan tersebut. Pembangunan Kubbah As-Sakrah (Dome of The Rock) di Jurusalem pada tahun 687M oleh pemerintah Dinasti Umayah, Abdul Al-Malik merupakan seni bina kubah terawal dalam Islam dengan pengaruh seni bina Byzantine yang telah dimodifikasi berdasarkan keperluan Islam.
Islamnya sesebuah karya seni bina itu dilihat dari pelbagai sudut pandangan, ada pendapat yang mengatakan bahawa secara dasarnya seluruh makhluk dialam ini sama ada binatang, tumbuh-tumbuhan ataupun benda mati termasuklah bangunan sudah Islam.
Hanya manusia dan jin yang menentukan menjadi Islam atau bukan Islam. Kerana seni bina merupakan objek yang tidak bernyawa, jadi semua seni bina dengan sendirinya Islam.
Namun, falsafah Islam tidak hanya memandang sesuatu hanya cukup dari segi zahirnya, maka batinnya juga dinilai. Dalam sebuah hadis Sesungguhnya Allah tidak memandang rupamu dan hartamu tetapi kepada hatimu dan amalmu.
Jelaslah kepada kita bahawa niat, proses pembagunan, sumber kewangan, kesan pembangunan dan perilaku-perilaku dalam pembangunan tersebut turut menjadi perhitungan Allah s.w.t. Kriteria ini haruslah berdasarkan syariat Islam, baik zahir mahupun batin. Seni bina menjadi Islam seandainya di dalamnya tidak terdapat unsur-unsur kemusyrikan, kezaliman, kemunafikan dan kekafiran didalamnya.
Menurut ahli seni bina Bambang Pranggono, beliau menetapkan kategori seni bina Islam berdasarkan bentuk luaran bagunan dan fungsi dalaman seperti berikut:
1. Bentuk luaran Islami, fungsi dalaman Islami - Seni bina Kaaffah.
2. Bentuk luaran Islami, fungsi dalaman tidak Islami - Seni bina Munafik.
3. Bentuk luaran tidak Islami, fungsi dalaman Islami - Seni bina Taqiyyah.
4. Bentuk luaran tidak Islami, fungsi dalaman tidak Islami - Seni bina Kafir.
Walaupun demikian masih memerlukan beberapa penelitian terhadap proses dan unsur yang terlibat dalam kewujudan sesebuah karya seni bina Islam.
Seni bina Islam haruslah dinilai dari kreteria umum kemudianya dilanjutkan kepada kreteria khusus tentang ciri-ciri yang disebutkan dan apakah menurut landasan dan syariat-syariat Islam.
Taj Mahal, India bukanlah merupakan sebuah masjid tetapi seringkali sejarawan memasukkan kedalam kategori masjid.
Kubbah As-Sakrah di Baitulmaqdis merupakan seni bina kubah terawal dalam Islam seringkali dikaitkan dengan pembagunan masjid sedangkan fungsinya melindungi batu besar sewaktu peristiwa Israk-Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.
Begitu juga dengan Istana Alhambra, Bangunan Sultan Abd. Samad dengan kubah bawangnya, dijadikan rujukan para arkitek untuk membangunkan monumen penting negara. Masjid Negara, Kuala Lumpur merupakan satu contoh seni bina Islam yang baik dan demokratik. Menurut Dr. Tajuddin Rasdi, Pendekatan regionalisme (bahasa daerah) yang digunakan boleh dijadikan ideologi seni bina Islam di Nusantara.
Para arkitek perlulah memahami serta `mengenali' apakah yang sesungguhnya dianggap dengan seni bina Islam itu. Pendekatan reka bentuk ekletisme dan revivalisme dari budaya asing (Timur Tengah dan India) menunjukkan kompleks rendah diri yang ada pada umat Islam di Malaysia.