Rabu, 8 Julai 2009

Warna Dalam Seni Bina Islam

Warna dan Bahan Binaan Dalam Senibina Islam

Kesenian awalan Islam diperingkat awal penyebaran Islam lebih bersahaja dimana faktor ‘kegunaan’ lebih ditekan dari keindahan. Masjid awal Islam mudah dari sudut binaan dengan teknik binaan yang tradisional. Permukaan tidak dikenakan dengan bahan yang Indah dan mahal . Masjid terawal sepertl Masjid Nabawi pada zaman sahabat,memakruhkan,perhiasan pada binaan, Masjid Kairowan dan Masjid lbn Tulun iaitu dua masjid yang dikira terawal dalam Islam mengenakan bahan dan bumi yang berwarna asli menampiIkan suasana yang hening. Kemewahan bahan dan warna dikenakan apabila Islam di zaman Umayyad mula berdepan dengan tamadun yang maju dalam binaan seperti tamadun Byzanten dan Parsi. Zaman Safawi dan Othmani senibina telah mencapai kecemerlangan dari sudut penggunaan warna dan bahan.

Hiasan permukaan dalam bentuk, corak dan tulisan adalah satu elemen penting dalam kesenian Islam yang menjadi penyatu kepada semua bentuk kesenian tampak seperti senibina, senilandskap, seniukiran, seramik, logam dan lain-lain. Hiasan permukaan adalah berbagai, dari yang mudah hingga yang komplek dengan kebolehan para pengkarya Islam memanipulasi bahan dan warna dengan sepenuhnya. Tujuan hiasan antaranya untuk menidakkan bahan atau menyembunyikan bahan dengan mengenakan jalinan dan warna pada permukaan. Secara umumnya hiasan ini menampakkan corak-corak yang infinit iaitu yang tiada berkesudahan yang menjadi tema utama dalam kesenian Islam.

Dalam senibina Islam di Andalusia dan Afrika Utara penggunaan jubin berwarna sebagai hiasan diapplikasi pada bahagian dinding bawah dengan motif geometri. Warna dan bentuk jubin adalah bebas. Bahan dari jubin dan stucco merupakan dua bahan yang umum digunakan di kawasan tersebut. Di Iran dan Asia Tengah pula jubin dan batu bata adalah dua bahan yang penting pada binaannya. Manakala di negara yang bergunung-ganang bahan dari batu banyak diguhakan. Di Asia Tenggara bahan dari kayu dan kadang-kadang batu digunakan dengan meluas pada binaan masjid dan istana.

Dinasti Umayyad.

Senibinanya banyak tertumpu di Bandar Damsyik di Syria sebagai pusat pemerintahan dan Palestin. Umumnya, penggunaan bahan hiasan pada permukaan binaan adalah dari marmar, jubin/mozek dan stucco. Mozek dan marmar digunakan pada permukaan luar dan dalam bangunaan masjid seperti pada Kubah Batu Karang(Dome of the Rock), MasjidiI Aqsa dan Masjid Besar Damsyik, manakala stucco di istana-istana. Struktur pada Kubah batu Karang adalah dari batu padat yang dilapisi dengan bahan hiasan sebagaimana disebutkan. Penggunaan warna dalam Kubah Batu, Masjid Aqsa dan MasjId Damsyik lebih menampilkan warna kehijauan berlatarbelakangkan warna coklat sebagaimana terdapat pada lengkungan dalamnya yang terdiri dari hiasan tumbuham yang agak ‘natural’. Umumnya hiasan mozek pada binaan yang tersebut adalah masih asli,

Dinasti Abassid

Senibinanya banyak mengalami kemusnahan kerana serangan Monggol. Bahan binaan umumnya dari ‘mud-brick’ dan batu bakar dan permukaan dilapisi dengan hiasan stucco.Terdapat juga bahan dari jubin berwarna. Penggunaan stucco begitu meluas
pada istana-istana yang menampakkan bentuk binaan berwarna ‘natural’. Istana Mshatta yang telah pupus di mana kesannya terdapat di Museum di German menampilkan penggunaan stucco dengan hiasan tumbuhan dan binatang. Masjid al-MutawakkiI dibina dari batu bakar yang menampakkan ciri warna coklat keputih-putihan pada keseluruhannya. Umumnya kegunaan warna dalam dinasti ini kurang diketahui.


Dinasti Safavid.

Mempunyai persamaan dengan dinasti Timurid dari sudut penggunaan bahan dan warna. Dinasti Timurid lebih berani dan kasar dari segi pengggunaan warna. Dinasti Safavid menampakkan sedikit terkawal dalam hal ini. Senibina Safawi menggunakan warna biru dan ‘turquoise’ pada permukaan binaan adalah popular dan meluas dengan di bangkitkan dengan warna putih, hitam hijau, dan juga kuning dan jingga. Masjid Shah bagi dinasti Safawi adalah contoh terbaik dalam penggunaan. Jubin yang ditampilkan dalam bentuk kaligrafi, flora dan geomeri. Pada Masjid tersebut jubin biru lebih ketara. Kecenderungan kepada menghiasi permukaan dalam dan luar dengan bahan jubin berwarna yang bersinar adalah satu identiti penting. Penggunaan jubin adalah pengaruh dari Timurid yang dipengaruhi oleh Cina.

Dinasti Othmani.

Dalam senibina ini warna batu ditampilkan pada bahagian luar. Disini menunjukkan penggunaan bahan dari batu adalah meluas dalam senibina Othmani. Senibina Othmani menampilkaan warna kelabu dan gelap pada pandangan luarannya. Bahagian dalam
binaan dihias dengan jubin di mana biru pekat dan hijau menjadi warna utama dengan disertai dengan warna ‘deep tomato red’. Kebanyakkan kesenian siramik yang lain menggunakan warna biru secara meluas. Terdapat juga bahan dari kayu menjadi
popular di zaman ini,


Dinasti Moghal.

Zaman Moghal di India menampilkan warna permukaan bangunan dengan sederhana dan terkawal iaitu tiada warna kesan kontras yang kuat lebih tertumpu kepada memberi kesan secara keseluruhan. Menampakkan kematangan dalam memanipulasi dan menggunakan warna. Penggunaan warna yang terhad ada kena mengena dengan penggunaan batu marmar putih atau batu bata merah yang memperlihatkan skema ‘monochrome’ seperti Taj Mahal di Agra dan Red Fort di Delhi.

Ahad, 5 Julai 2009

Cabaran Baru!

Salam semua,

Masih Baru

Pelajar semester o2 kelihatan sangat bersemangat dan ceria pada hari pertama kuliah dan senyum simpul, ramai yang memakai baju baru dan kelihatan semuanya baru, moga kekal hingga akhir semester ini nanti. semangat baru sahaja kurang mencukupi seandainya tindakan kita tidak baru dan masih kekal seperti dahulu. selamat kembali dan belajar dengan penuh semangat.

Tahniah!!

lapan pelajar semester 02 mendapat Anugerah Dekan dengan sangat baik dan cemerlang. Moga terus kekal dan cemerlang hingga tamat pengajian. Seorang pelajar saya yang saya hormati pelajar semester 04 mendapat Anugerah Dekan hampir setiap semester, tetapi semester lepas di terpaksa bercuti untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Kecemerlangan bukan hanya dari segi akademik tetapi juga dalam sasiah rupa diri. Bravo!!! semester 02 atas kecemerlangan anda! emmm... cuma dari lapan yang dapat anugerah dekan tersebut hanya seorang sahaja lelaki! makin pupus nampaknya kaum Adam nie..

Berdoa.

mulakan semester baru ini dengan keazaman dan semangat yang membara, buat catatan pada almari, katil yang mudah dilihat tentang keazaman anda. jelaskan kepada kengkawan matlamat anda semester ini agar mereka menjadi penyumbang kejayaan bukan kegagalan anda. usah malu bertanya seandainya sukar memahami. cemburuilah kejayaan lapan rankan anda diatas. saya percaya dan yakin anda pasti akan berjaya.

Azizul Azli
Catatan hari pertama dalam keadaan studio aircond tidak berfingsi dan penuh habuk!

Jumaat, 3 Julai 2009

Budaya Masjid: Simbol Kehadiran Islam








PENGENALAN KEBUDAYAAN

Kebudayaan, di mana pun senantiasa mengalami perubahan. Kebudayaan ada yang berkembang dan dibakukan dalam tradisi-tradisi sosial suatu masyarakat[1]. Oleh itu dapat dikatakan bahawa sifat kebudayaan adalah berubah atau tumbuh dan berkembang sebagai hasil proses adaptasi manusia terhadap persekitarannya. Kebudayaan sentiasa menyesuaikan dirinya dengan perubahan setiap masa. Tidak ada yang kekal padanya walau ada yang terus menerus mempertahankanya. Segala aspek kehidupan di dunia ini harus beredar dilandasan perubahan mengikut keadaan sosial masyarakat. Dalam rekabentuk masjid, ianya terus bergerak dan mengiringi dinamika perkembangan zaman, sebab kehidupan dunia ini tidak akan berakhir kecuali apabila dunia ini telah sempurna keindahanya dan manusia telah mengenakan semua perhiasannya (lihat Al-Quran, Qs. Yunus:24)

Secara garis besar perubahan kebudayaan (cultural change) dapat dibezakan antara perubahan kebudayaan yang terjadi kerana faktor dalaman yang terjadi kerana faktor luaran. Masuknya pengaruh agama-agama dan budaya besar terhadap bangsa di Asia Tenggara seperti agama Hindu, Buddha, Islam, Kristen, budaya Asia dan Eropa juga telah menimbulkan sifat pluralistik yang kompleks kerana percampuran, akulturasi, antara budaya asli dengan budaya asing, antara budaya dengan agama, pada sebahagian masyarakat di Asia Tenggara. Hal ini telah menjadi faktor penting yang mempengaruhi kehidupan bangsa [2] .

Akulturasi, mempunyai berbagai erti di antara para sarjana antropologi, tetapi semua sefahaman bahawa konsep itu mengenai proses sosial yang timbul bila suatu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing sedemikian rupa, sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkan hilangnya kepribadian kebudayaan itu sendiri [3] . Proses penyaringan kebudayaan asing ini disebut juga integrasi kebudayaan. Perubahan kebudayaan kerana akulturasi tersebut, secara nyata yang dimaksudkan adalah perubahan dalam wujud-wujud kebudayaan [4] .

Sejarah membuktikan bahawa karya senibina telah bergerak seiring dengan dinamika sosial budaya masyarakat di setiap waktu dan tempat. Senibina adalah ciptaan manusia, baik sebagai individu atau kelompok dalam masyarakat. Oleh sebab itu, dinamika sosial budaya masyarakat akan mempengaruhi karya senibina. Nilai kebudayaan tersebut akan terungkap dan kelihatan dalam karya wujud senibinanya. Gaya senibina masjid di Alam Melayu merupakan kelahiran dari kefahaman masyarakat yang lahir sesuai dengan kebudayaannya, keadaan geografi, kefahaman agamanya, serta tingkat kecekapan untuk merelisasinya dalam bentuk karya nyata. Dengan demikian senibina sentiasa bersentuhan dengan suatu zaman tertentu dan menjadi aset ekspresi visual setiap kebudayaan.

Masjid merupakan salah satu monumen penting dalam tamadun Islam, masjid dilihat sebagai simbol kehadiran Islam disesebuah kawasan tersebut. Dengan hadirnya masjid masyarakat boleh memahami dan beranggapan bahawa komuniti masyarakat Islam telah mula wujud serta berkembang disesebuah kawasan tersebut. Masjid juga seringkali dirujuk sebagai tempat masyarakat Islam melakukan pelbagai aktiviti dan pertemuan dalam menjalankan pelbagai aktiviti dalam masyarakat Islam pada ketika itu.
Senibina masjid yang berkembang sebelum ini menjadi landasan dan budaya kepada perkembangan masjid dimasa hadapan. Kebanyakkan perkembangan masjid yang berlaku hari ini adalah bertitik tolak dari perkembangan masjid yang berlaku sebelumnya. Bermula dengan pembangunan masjid yang serba sederhana iaitu rumah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kemudianya berkembang dari satu zaman ke zaman yang seterusnya.

[1] Lihat Tjetjep Rohendi Rohidi,Seminar Nasional Pendekatan-Pendekatan dalam Penenelitian Seni dan Pendidikan Seni, Dies Natalis XXIX, IKIP Semarang, 1992:23
[2] Abdul Rochym, Mesjid Dalam Karya Arsitektur Nasional Indonesia, Angkasa, Bandung, 1983:6
[3] Koentjaraningrat, Pengantar Ilmu Antropologi, Rineka Cipta, Jakarta.1981:248
[4] Koentjaraningrat, Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Djambatan, Jakarta.1993:5

Rabu, 1 Julai 2009

Selamat Kembali



Bersiap sedia dengan cabaran baru,

Mohon doa restu,

Tetapkan matlamat untuk menuntut ilmu.

selamat kembali

Azizul Azli

Sabtu, 27 Jun 2009

Bali Lagi!













Catatan tambahan dari Pulau Dewata untuk pertimbangan dari kefahaman yang lalu:


1. Hukuman Adat bagi kesalahan yang dilakukan : pengalaman 2 tahun di Indonesia (2002-2004 Bandung) menjadikan saya agak ngeri dengan kejadian jenayah di Indonesia terutamanya di Jawa. Dengan kepadatan penduduk 44 juta di Jawa Barat menjadikan jenayah sangat rawan di sini. Uniknya saya hampir tidak pernah mendengarkan kejadian ‘rampokkan’ atau pembunuhan di Pulau Dewata. Masyarakat Bali mengunakan hukuman adat untuk menghukum penjenayah menjadikan kejadian jenayah hamper tidak pernah berlaku disini. Kefahaman bahawa setiap kejahatan pasti akan menerima balasan juga menjadikan mereka sangat taat pada kepercayaan agamanya dan tidak melakukan kerosakkan di bumi dewata. Alangkah indahnya jika hukuman Islam boleh terlaksana di bumi kita.

2. Persisiran Pantai merupakan fasalitas umum: kefahaman bahawa pantai, gunung dan danau (tasik) merupakan kemudahan awam menjadikan kawasan-kawasan ini tidak boleh dimiliki. Hotel menetapkan sempadan kawasan bahawa pantai boleh digunakan oleh sesiap sahaja, terutama untuk upacara keagamaan mereka. Pantai Tioman, Cenang, Tanjung Rhu dan pangkor seringkali ‘Berjaya’ dimiliki oleh pengurusan hotel yang membangunkan kawasan tersebut. Orang awam hanya mengunakan sisi persisir yang tidak terurus sahaja. Menarik juga dalam beberapa iklan di Bali saya temukan juga individu yang ingin menjual kawasan pantai, aneh bukan ?

3. Bangunan di bangunkan tidak melepasi pohon kelapa: setiap bangunan yang dibangunkan hendaklah tidak melepasi ketinggian pohon kelapa ataupun 15 meter tinggi. Waktu kali pertama saya ke Bali terdapat sebuah hotel yang dibangunkan di Nusa Dua memiliki ketinggian melepasi pohon kelapa pada waktu itu, tetapi kini apabila saya dating. Bangunan itu telah tiada. Menarik bukan. Menghormati dan memahami tuntutan alam menjadikan setiap bangunan yang dibangunkan di Pulau Bali sangat unik. Dengan ketinggian yang yang sedemikian menjadikan senibina Bali sangat harmoni dengan alamnya.

4. Panti Pijat @ urutan mesra Bali : perbezaan ketara Bali dari tahun 2005 yang lalu adalah wujudnya banyak pusat mengurut yang sangat mesra pelanggan disekitar Jalan Legian Kuta. Apakah bermotifkan kesihatan atau sebaliknya kurang pasti. Yang jelas kurang lebih 20 meter pasti anda akan ditawarkan urutan refesiologi yang sangat menarik. Tawaran harga yang murah pasti mecairkan iman setiap ‘wisatawan’ ke Bali. Kebanyakkan pemilik ‘toko urut’ ini adalah milik warga Australia dan Bali yang berusaha sama untuk pelastarian ekonomi Bali. Bali semakin mesra pada penguhuninya yang semakin lelah berjalan kaki

5. Kebersihan dan pencemaran di Bali : legian tidak seperti dulu lagi, kebersiahan semakin hilang. Sampah yang dikumpulkan malam harinya memenuhi jalanan Kuta. Anjing-anjing juga mula memasuki kota dan mencari sisa-sisa yang ditinggalkan oleh wisata asing. Dulunya kawasan ini damai dan bersih sekali tidak seperti pulau Sumatra atau Jawa yang sangat sambrono sampahnya dimana-mana. Bali hari ini termakan kesan globalisasi konsumen yang mewah dengan sampahnya.

6. Hiburan dan ‘diskotik’ adalah raja; sasaran pengebom Bali pada 13 oktober 2002 adalah pusat hiburan di Bali @ disco Bali yang tak pernah mati. Tempat sebegini menjadi raja kepada golongan muda Australia yang dahagakan hiburan dan lupakan kematian. Maka tidak hairanlah apabila jumlah korban terbesar pada malam bersejarah di Pulau Dewata adalah pemuda ‘Australi’. Hiburan sampai pagi menjadikan jalan Kuta tidak mati, pelbagai gaya dan persembahan bagi menarik pengunjung untuk bersama menikmati kehidupan ini. Seperkara yang menarik di Bali-sesiapa yang mabuk berat akan dihantar pulang ke hotel masing-masing demi keselamatan mereka oleh kecamatan desa ( rukun tetangga kita) , ini bertujuan mengelak dari mereka ‘kacau bilau’ dijalanaan atau mereka yang dikacau.

7. Ngurah Rai @ airport Denpasar ; tiada perubahan ketara di ‘bandara’ ini dengan kaunter kastam yang sangat tinggi dan kurang mesra pelanggan. Bagi individu yang kecil dan kurang vitamin pastinya perlukan kasut tumit tinggi yang asli untuk sampai menatap mata ‘bapak’ imigrasi. Saya sangat curiga dan seringkali berpransangka yang buruk untuk melewati imigrasi Indonesia, entah kenapa?.

8. Adat Budaya yang kental: melewati usia ‘parawisata manca negara’ yang tidak pernah putus menjadikan Bali sangat terdedah pada segala virus yang pendatang. Di pantai Kuta remaja pantai yang bersubang dan bertelinga gondang serta rambut perang tetapi masih mengamalkan adat dan kepercayaan. Upacara agama dan adat dimonopoli oleh mereka ini. Tatu ditangan kekal sebagai lambang kemodenan yang datang.

9. Pemandu Pelancong dan Iklan Barang dagangan : orang Bali senang didekati dan ramahnya tinggi . Pemandu pelancong pastinya akan menceritakan sejarah Bali, keistimewaan Bali, Agama Hindu, kehebatan tenunan Bali, kekayaan seni, adat budaya dan segala macam istimewanya Bali. Bila pemandu pelancong menjadi ‘pembelot’ mereka akan membawa anda ke tempat yang mereka miliki keuntunga (komisen). Tempat lawatan menjadi tidak menarik dan hanya tertumpu pada tujuan membeli gelang perak asli, batik asli, ‘kaos’(baju) asli dan banyak lagi. Yang pasti setiap belian anda pasti ada ‘uang’ untuk mereka. Jadual perjalanan yang diubah menurut mereka sahaja dan menjadi media iklan yang mana barang asli yang mana bukan asli.

Azizul Azli

H1N1 semakin menganas

Rabu, 24 Jun 2009

Bali Aga !!


















































Bali 2009




Memahami keunikan Bali memang tidak boleh dilepaskan dengan tapak-tapak sejarah perkembangan Bali dari masa ke masa.







Sejarah Bali menjadi begitu unik dan khas kerana bantu oleh sikap warganya yang memberikan perhatian khusus terhadap peninggalan roh atau leluhurnya.





Kepercayaan terhadap roh 'leluhur' menjadikan perhatian terhadap peninggalan sejarah begitu tinggi di Bali.





Bahkan begitu banyak peninggalan sejarah itu diberlakukan sebagai benda keramat yang tidak boleh diperlakukan tidak semestinya oleh masyarakatnya atau tetamu yang mengunjunginya.



Dalam pengungkapan sejarah Bali, terdapat banyak zaman yang berkembang antaranya Bali di zaman Pra Sejarah, kemudian ke zaman Bali Mula, zaman Bali Aga, dan zaman Bali Modern.



keadaan dan persekitaran Bali melalui proses globalisasi dan perkembangan yang sama dengan negara-negara lain di dunia cuma mengekalkan adat, budaya dan kepercayaan yang dikekalkan terus bertahan hingga kini.





Bali bertahan atas dasar kepercayaan dan ketaatan yang kuat bahawa setiap amalan perbuatan hari ini akan memberi kesan dikemudian harinya. 60 minit 'save the world' yang dianjurkan dahulu merupaka konsep pemikiran 'nyepi' dimana semua umat hindu di Bali akan mendiamkan diri dirumah, airport ditutup, elektrik di matikan, telefon tidak berfungsi malah kenderaan dijalan raya jugak tidak bergerak.



semuanya sepi. belajarlah satu kebaikkan walau dari agama lain selagi tidak melangar syriat

Secara geografinya, Bali terletak antara pulau Jawa dan Lombok. Pulau Bali kecil, membentang kira-kira 140 km dari timur ke barat 80 km dari utara ke selatan.





Gunung berapi tertinggi yang membentang dari timur ke barat adalah gunung Agung, yang terakhir meletus tahun 1963. terletak hanya 8 selatan katulistiwa, Bali memiliki iklim tropika hanya dengan 2 musim (hujan dan kemarau yang nyata) setahun dan temperatur rata-rata 28C.





Daerah selatan yang luas dan menjadi rumah sawah yang bertingkat-tingkat yang terkenal di Bali di antara tempat yang paling menarik di dunia. Di daerah yang berbukit-bukit, daerah pesisir utara, hasil utamanya adalah kopi, rempah-rempah, sayur-sayuran, ternak dan beras.



Masyarakat Bali memiliki akar kepercayaan yang kuat dan walaupun arus kedatangan pelancong dalam jumlah besar setiap tahunnya, kebudayaan mereka masih sangat kuat dan hidup.




Agama majoritinya adalah Hindu Dharma, dan walaupun sebenarnya berasal dari India, agama masyarakat Bali adalah perpaduan yang unik dari Hindu, Budha, Jawa dan kepercayaan kuno yang hampir punah dan berbeza dari ajaran Hindu yang diamalkan di India sekarang ini.



Memiliki kreativiti tinggi sejak lahir, masyarakat Bali secara tradisional menggunakan kemahiran mereka untuk tujuan-tujuan keagamaan dan hampir seluruh karya seni indah dapat dilihat disini merupakan inspirasi dari cerita Ramayana dan cerita kepahlawanan Hindu lainnya.



Tempat tinggal masyarakat Bali yang berjumalah lebih kurang 3 juta orang kebanyakan tinggal di komuniti desa yang padat dengan keluarga besar mereka. Kota terbesarnya adalah Denpasar dan Singaraja di utara Bali.





Objek pelancongan utamanya terbentang dari Kuta sampai Seminuak. Kuta menjadi daya tarik utama kedatangan wisatawan sejak tahun 1970an kerana pantai-pantainya yang di kenal berpasir putih, tempat matahari tenggelamnya yang mempesona.



Sekarang ini, sepanjang Kuta dan Seminyak merupakan tujuan pelancongan utama dengan beratus-ratus hotel, restoran dan kedai-kedai. Bagi mereka yang mencari sedikit kedamaian dan ketenangan cenderung pergi ke penginapan-penginapan yang lebih tenang di Sanur, Candi Dasa, di pantai timur atau Lovina di bagian utara.




Nusa Dua yang berada di ujung selatan semenanjung pulau Bali, menawarkan banyak hotel lima bintang. Desa utama di Ubud, di bagian perbukitan Gianyar, juga menjadi daya tarik pelancongan dan sekarang ini dianggap sebagai pusat kesenian dan kebudayaan Bali.


Selamat Kembali, Bali kian sepi


Azizul Azli

Selasa, 16 Jun 2009

Pembentukan Zon Budaya Islam








Pembentukan dan Perkembangan Zon Budaya Islam.

Kebudayaaan Islam turut terbentuk bersama ajaran Islam sudah tentu memberikan gambaran yang berkesan pada setiap negara yang memahami ajaran Islam . Kebudayaan Islam itu kemudiannya secara pasti telah memberi kesuburuan dalam seni bina Islam[1].

Selama masa permulaan Islam (Zaman Rasul dan Khalifah Rasyidin), sesuai dengan keperluan kaum muslim telah banyak didirikan masjid-masjid baik dalam kota ataupun dalam desa, apalagi bila disedari bahawa fungsi masjid tidak hanya sebagai tempat sembahyang, tapi masjid pada permulaaan Islam sebagai tempat ibadat, politik, ekonomi dan kebudayaan[2].

Perkembangan masjid pada waktu itu adalah berdasarkan keadaan sosio ekonomi, politik dan keadaan iklim setempat, oleh yang demikian di awal zaman perkembangan Islam pembangunan masjid amat sederhana.
Menurut A.Hasjmy bahawa bangunan-bangunan yang terdapat di Arab sangat sederhana serta sedikit dan yang terpenting adalah bangunan ‘Ka’abah’ [3].

Setelah Islam mula berkembang serta keadaan Tanah Arab menjadi kaya dan makmur, maka berdatanganlah ke Madinah para ahli dalam binaan bangunan (arkitek) dari luar Tanah Arab. Perkembangan awal corak bangunan masjid adalah dari bentuk yang cukup sederhana, perjalanan sejarah memperlihatkan perkembangan bentuk dari seni bina Islam yang sederhana kearah kemegahan dan kesempurnaan bentuk semata-mata ditinjau dari kepentingan seni binanya sahaja [4].

Abad pertengahan merupakan saat berkembangnya seni bina Islam yang merupakan ungkapan yang mengesankan bagi masyarakat Muslim. Masjid sebagai unsur Islam tidaklah semata-mata berupa bentuk fiziknya saja, akan tetapi didalamnyaa terkandung makna segala kegiatan pelaksanaan ajaran Islam. Dari perkembangan sejak zaman Rasullulah S.A.W yang amat sederhana dan apa adanya, kini telah berkembang pesat menjadi bangunan yang megah, besar dan penuh karisma. Menurut Ibn Kaldun;

“ Tidak ada suatu hal pun yang dapat mengambarkan kebudayaan suatu bangsa, tidak ada yang dapat melahirkan cita-cita dan kebatinan satu kaum, dengan rupa yang lebih jelas, selain dari pertukangaan dan bangunan berbagai-bagai bentuk. Kedudukaan rohani setiap bangsa, pandangan hidupnya, cita-citanya dapat dilihat pada bangunan-bangunan yang didirikan. Tiap bangsa yang mendorong kearah kemajuan pasti mempunyai kepintaran ilmu seni bina (binaan), sebagai bukti betapa tingginya peradapan dan cita-cita kebatinannya.”[5]

Ilmu seni bina yang dimiliki oleh umat Islam diperolehi daripada bangsa Parsi, Romawi, Turki, Byzantine, Sepanyol dan lain-lain[6].

Dengan kepandaian inilah serta latar belakang kebudayaaan yang berbeza mereka melahirkan pelbagai ragam dan bentuk seni bina masjid. Pengaruh Islam begitu jelas pada wilayah takluknya yang baru, namun sebaliknya sifat dan ciri-ciri tradisi yang terdapat tidak pernah dilunturkan begitu sahaja, malahan dijadikan sebahagian dari perkembangaan Islam itu sendiri. Faktor inilah yang bertanggung jawab mencorakkan kebudayaan setempat yang semakin berbagai ragamnya[7].

Menurut Abdul Rochyam pengaruh agama Islam kelihatan pada daerah-daerah jajahannya yang baru itu, namun juga sebaliknya sifat-sifat dan unsur-unsur daerah pun masuk menjadi sebahagian dari perkembangan Islam[8]. Apa sahaja sifat dan ajaran Islam yang terdapat pada adat lama atau tradisional daerah setempat akan memperkayakan seni bina masjid di daerah tersebut. Munculnya bangunan masjid sebagai bangunan keagamaan yang merupakan perpaduan dari fungsi bangunan sebagai unsur seni bina Islam yang berpedoman pada ketentuan-ketentuan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T sebagai tempat pelaksaanaan ajaran Islam. Masjid merupakan bangunan dalam ungkapan tertinggi dari nilai-nilai luhur suatu kehidupan manusia yang juga melaksanakan suatu ajaran syariat Islam. Maka lahirlah seni bina masjid dengan segala kelengkapanya, dari segi bentuk, gaya seni bina, corak dan penampilannya dari kurun waktu, setiap daerah, lingkungan kehidupan dengan adat dan kebiasaanya, serta latar belakang manusia yang menciptakannya.
Azizul Azli Ahmad
FSPU, Perak

[1] Rochym, Abdul. (1983) Sejarah Arsitektur Islam, sebuah tinjauan. Angkasa.Bandung, hlm 50
[2] A.Hasjmy. (1993), Sejarah Kebudayaan Islam. Bulan Bintang. Jakarta, hlm 144.
[3] Ibid. hlm 141
[4] Rochym, Abdul. (1983) Sejarah Arsitektur Islam, sebuah tinjauan. Angkasa.Bandung, hlm 50
[5] Ibnu Khaldun dalam Manja Mohd Ludin dan Mohd Suhaimi.(1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam.Dewan Bahas dan Pustaka. Kuala Lumpur, hlm : 25
[6] Manja Mohd Ludin dan Mohd Suhaimi.(1995), Aspek-Aspek Kesenian Islam.Dewan Bahas dan Pustaka. Kuala Lumpur, hlm :25
[7] Ibid , hlm :26-27
[8] Rochym, Abdul. (1983) Sejarah Arsitektur Islam, sebuah tinjauan. Angkasa.Bandung, hlm 2