Salam Semua
Apakah dia isu yang ada dihadapan kita. Isunya mudah. Segelintir puak Kristian diwakili oleh akhbar Herald menuntut menggunakan nama "ALLAH" dalam bentuk ALLAH itu Tuhan Satu Dalam Tiga-konsep Triniti yang fundamental kepada kefahaman ketuhanan Kristian terutamanya Katholik. Ringkasnya, mereka mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk kufur dan syirik. Tidak ada lagi yang lebih jelas daripada itu.
Persoalannya, adakah kita redho dan terima penggunaan nama ALLAH dalam bentuk syirik itu? Iaitu ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci?
Bagi orang yang beriman dan jelas Islamnya, jawapannya mudah..TIDAK, kita tidak akan sama sekali redho dan setuju ALLAH dipersekutukan dengan konsep triniti yang dipercayai oleh Kristian!
Kerana apa. Kerana ALLAH itu adalah Ahad, Maha Esa..SATU!! Mempercayai, meredhoi dan bersetuju ALLAH itu ada sekutunya adalah syirik dan membawa kepada kekufuran. Sebab itulah 'ulama' yang imannya jelas dan ikhlas saperti Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din menyatakan jawapannya jelas, bagi mereka yang redho dan setuju dengan segelintir Kristian yang mahu mensyirikkan ALLAH ini maka mereka sendir adalah kufur dan syirik!
Apa guna kita pergi sampai ke zaman sebelum Islam dan risalah Nabi untuk menegakkan benang basah, bahawa kesemua agama samawi, agama langit, agama wahyu..agama Ibrahim telah menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan. Sebenarnya kesemua Rasul dan Nabi membawa risalah yang sama. Bahawa ALLAH itu satu, sembahlah ALLAH itu! Daripada Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad saw, risalahnya tetap sama. Dan tiap kali seorang Rasul dan Nabi diutuskan, ianya adalah untuk memperbetulkan kembali 'amalan kufur, syirik dan menyengutukan ALLAH yang dilakukan manusia.
Tiap kali selepas seorang Rasul atau Nabi itu diutus, manusia kembali sesat dan kufur. Mereka kembali mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH. Samada dengan mendakwa ALLAH ada anak, ada sekutu atau ada wakilnya. Maka diutuslah lagi Rasul dan Nabi untuk memperbetulkannya.
Begitu jugalah dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Baginda diutus dalam keadaan manusia telah kembali syirik dan kufur kepada ALLAH. Yahudi dengan mendakwa ALLAH ada anak Huzair. Kristian Nasara dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus. Musyrikin Makkah dengan dakwaan selain ALLAH ada Tuhan lain iaitu Latta & Uzza. Kaum Parsi dengan dakwaan ketuhanan matahari dan penyembah api. Dan banyak lagi dakwaan dan rekaan yang pokok pangkalnya mereka tidak lagi mentauhidkan dan mengesakan ALLAH..tetapi mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH.
Ditengah-tengah 'amalan syirik dan kufur itulah ALLAH menegaskan siapa itu ALLAH. Melalui Nabi Muhammad saw, penutup segala Nabi, ALLAH menurunkan penegasan didalam wahyu terakhirnya Al Quran, Al Ikhlas: 1-4:"Katakanlah Muhammad, ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak sekufu dan setaraf dengan sesiapa pun!".
Dan Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas Baginda, menyampaikan risalah ketauhidan ALLAH. Samada kepada 'ulama' Kristian Waroqah Bin Naufal, Raja Kristian Maharaja Najasyi Habsyah, atau kepada 'ulama' Yahudi Abdullah Bin Salam. Kesemua mereka telah mensyirikkan
ALLAH dengan kefahaman ALLAH ada anak Huzair atau Jesus. Dan setelah menerima da'wah Rasulullah saw, mereka terkeluar daripada kesesatan, dan kembali mempertuhankan ALLAH yang Satu! Allahu hu Ahad!
Sepatutnya kita bila mendengar segelintir Kristian saperti di Sabah yang telah dipesongkan dan dikelirukan bahawa ALLAH itu adalah Tuhan yang punya anak Jesus, bukan kerja kita menambahkan lagi kekufuran dan kesyirikan mereka dengan membenarkan mereka terus tenggelam mempercayai ALLAH itu ada anak Jesus.
Tetapi tugas dan tanggungjawab kita ialah pergi kepada mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu. Itulah kerja yang sepatutnya dibuat oleh Jakim, Yadim, Jawi, Jais, Muis dan kesemua para pendakwah, ulama', ustadz, tuan guru dan lain-lain.
Apabila kita gagal melakukannya, sebaliknya redho dan setuju dengan mereka mengkufur dan mensyirikkan ALLAH, dengan memberi alasan tok nenek mereka sebelum Nabi Muhammad datang pun memang telahpun mengkufurkan dan mensyirikkan ALLAH, dan mereka berhak dari segi sejarah, undang-undang atau Perlembagaan, atau atas nama hak asasi manusia, atau lebih teruk lagi atas nama 'political expediency' untuk terus menyatakan ALLAH adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci, maka kita dan mereka adalah sama. Kita juga termasuk golongan yang syirik dan kufur kepada ALLAH.
Oleh itu, saya menyeru golongan yang beriya-iya sangat menyokong tuntutan segelintir Kristian melalui akhbar Herald yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk yang syirik dan kufur itu, jangalah kita menjadi golongan pekak, bisu dan buta. Perbuatan kita sekadar menambah kekufuran dan kesyirikan mereka kepada ALLAH.
Sebaliknya lebih baik kita bersatu fikiran dan tenaga, mengatur strategi dan siasah, dan merangka tugasan da'wah untuk menembusi mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu.Adakan dialog dan pertemuan dengan mereka.
Bagitahu mereka bahawa paderi dan gereja-gereja di Eropah sendiri menolak penggunaan nama ALLAH menggantikan perkataan 'God' kerana tidak selaras dengan konsep triniti ketuhanan mereka kerana ALLAH itu Satu! Bagitahu mereka bahawa ramai penganut Kristian dan banyak gereja di Malaysia sendiri yang tidak mahu mengaku ALLAH itu God! Tanya mereka apakah Ketua Agama Katholik mereka sendiri Pope Benedict di Vatican bersetuju dengan gantinama God sebagai 'ALLAH'!
Jawapannya jelas, mereka telah terpedaya sebegitu lama dalam mempercayai ALLAH itu Tuhan Triniti. Mereka akan tahu kelak bahawa mereka telah disesatkan oleh segelintir golongan yang sudah sedia sesat. Dan bagitahulah mereka bahawa mereka masih boleh mempertuhankan ALLAH itu..hanya dengan berkata "bahawa ALLAH itu Satu, Ia tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dan sekufu dengan sesiapa pun". Dan serulah mereka kepada mentauhidkan ALLAH dengan lafaz syahadah "Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH".
Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya. Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan mentauhidkan ALLAH dan menyebarkan risalah Islam kepada seluruh manusia.
Isnin, 11 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan