Khamis, 14 Mei 2009

Generasi - X




Memahami Genarasi – X

Kemunculan media baru pada 1999 seringkali dianggap sebagai perkara mudah oleh sebilang kita, impak dari angapan bahawa media demokratif ini tidak penting serta tidak memberikan kesan menjadikan pilihan media perdana semakin kecil dan merosot
Pengunaan media baru adalah sangat penting hari ini dalam apa sahaj bidang yang ingin kita majukan , baik bidang perniagaan, politik, kesusteraan mahupun bidang perhubungan
Generasi hari ini dikenali senagai ‘generasi net’ yang mana menjadikan sebahagia ataupun sepenuhnya kehidupan mengunakan media internet. Siapa pernah menjangkakan hari ini untuk memesan mee goreng, roti canai dan teh tarik juga boleh dilakukan mengunakan internet. Inilah yang dinamakan generasi masa hadapan, menurut Dan Scoop yang dinamakan generasi masa hadapan adalah hari ini .

HP Baru

Bagi generasi ibu bapa kita yang hidup sebagai generasi ‘baby boomer’ menurut Norizan Sharif sudah pastinya merasakan suatu hal yang ‘aneh’ dan terasing dengan perilaku anak-anak dan remaja hari ini. Mereka hidup dalam dunia penuh fantasi. Dunia mereka adalah apa yang mereka ciptakan dan mereka tidak melihat perubahan yang dilakukan oleh generasi sebelumnya. Menurut Norizan ‘Baby Boomer’ merupakan mereka yang lahir dari tahun 1946-1964 ( umur sekitar 45 – 64 tahun). Menurut beliau lagi generasi –X adalah mereka yang lahir selepas peperangan dunia dan kemerdekaan Negara, golongan ini berada pada sekitar usia 30-44 tahun .

Generasi –X mengunakan media yang bersifat interakrif dalam segala aspek kehidupan mereka serta senantiasa menantikan teknologi terbaru untuk dipelajarai. Sementara generasi ‘Baby Boomer’ telah lama menutup pintu kepada segala teknologi terkini kecuali menukar microwave dapur baru, hp yang memiliki 3G tanpa kita memahami fungsinya, membeli kenderaan baru dipasaran kerana kita mampu memilikinya tanpa kita sedari kehadiran ‘Hybrid’ diperkenalkan.

Menutup diri dari memahami teknologi terkini sebenarnya seperti membina tembok untuk memahami anak-anak kita yang hidup pada generasi yang lebih komplek iaitu generasi- Y dan generasi-Z. Tembok pemisah ini akan menjadikan kita semakin kurang berinteraksi dengan mereka semua dan kita seringkali menyalahkan mereka tidak memehami aspirasi kita.

Berdasarkan daftar penduduk Negara kita , generasi kita yang dikenali sebagai generasi ‘Baby Boomer’ hanya menguasai 16% dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Kelumpok generasi –X dan generasi –Y merupakan kelompok yang seimbang untuk dengan jumlah penduduk adalah 21% mewakili jumlah penduduk. Dengan tidak memahami komunikasi generasi-X dan Generasi –Y akan menjadikan generasi 'Baby Boomer" semakin terpinggir dalam masyarakat mereka ini. Kita akan menjadi seorang yang sangat nostalgia dengan mempercayai bahawa zaman kita adalah zaman yang terbaik dari segala segi aspek kehidupan. Kelompok ini juga akan menyatakan suatu hari nanti bahawa generasi mereka juga yang terbaik. Dalam hal sebegini sejarah tidak boleh disalahkan kepada mereka sebaliknya memahami golongan ini adalah pendekatan terbaik .

Salam perkenalan moga kita semakin kehadapan serta semakin mengenali generasi-X,
Wasalam

Azizul Azli Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan