Selasa, 25 Ogos 2009

Kaedah Memakai Topeng!





Dear All,

As this kind of virus is droplet spread, the surgical mask is an
essential

protective barrier for this outbreak. As a result, the surgical mask
became in short supply. Therefore, everyone should know the corrective
way
of use to create the utmost efficacy.
However, there are several questions about wearing surgical mask such
as:
There are 2 sides of surgical mask and the white color side contains
filter. The corrective ways of use are:

- If we have flu, the white side should attach to our face (the color
side
faces out) to filter the micro-organism not to spread them out to
others

- If we are not ill, the white side should face out to protect
micro-organism from environment to come to contact with us

Azizul Azli

Selamat menjalankan Ibadah Puasa

Nota; Anak saya yang berusia 5 tahun baru balajar puasa, alhamdulilah hingga hari ini masih mampu. satu perkara yang menarik selepas berbuka semalam dia berkata " Abah, rasa macam di syurga" nak mintak makan apa pun boleh" ( janji bapak jika anaknya berpuasa boleh memintak nak makan apa sahaja). Subhanallah.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Hari Pertama Berpuasa


Salam Ramadan

Gunakan kesempatan ini berdoa untuk kesejahteraan dalam pelajaran serta kehidupan di bulan yang mulia ini.

Berazam untuk melakukan kebaikan

Rabu, 19 Ogos 2009

Selsema Babi


Soal Jawab H1N1 dengan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MAA)

1) Bolehkah kita membezakan di antara selsema biasa dengan selsema H1N1 tanpa melalui ujian makmal?

Tidak boleh. Selsema adalah selsema, tetapi terdapat juga perbezaan yang boleh diketahui. Sesetengah gejala seperti batuk, hidung berair, demam, sakit badan, penat, muntah dan cirit berlaku hampir kepada semua pesakit yang menghidap selsema, tetapi gejalanya mungkin boleh berbeza dari seorang-ke seseorang yang lain. Ada sesetengah pesakit yang mempunyai gejala yang ringan, ada yang pertengahan dan ada sebilangan kecil, kurang dari 10 peratus menunjukkan gejala yang merbahaya termasuk jangkitan paru-paru pneumonia.

Walaubagaimanapun, kajian penting dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1. (wow! saya pun terkejut!!)
Awal beberapa bulan yang lalu, selsema bermusim adalah disebabkan oleh virus jenis B dan jenis A yang lain, tetapi kini virus yang menyebabkan penyakit ialah dari jenis A (H1N1). Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran, yang membawa maksud bahawa virus baru ini membawa masalah dan menyebabkan penyakit bergejala daripada jenis virus-virus yang sebelum ini.

Disebabkan oleh Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) ini disebabkan oleh H1N1, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan bahawa tidak perlu lagi ujian makmal diadakan untuk mengesahkan kehadiran H1N1 ini. (Dengar cerita bajet KKM dah makin sikit!)
Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.
Kebanyakan penghidap H1N1 (70%) tidak memerlukan ubat anti virus seperti Tamiflu atau Relenza. Cuma kes-kes yang teruk sahaja perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

2) Bagaimana doktor membuat keputusan samada seseorang itu patut menerima rawatan khusus untuk H1N1

Selepas 2-3 hari, demam dan batuk tidak berkurang, sila buat rawatan semula, terutama sekiranya terdapat kesukaran bernafas, lemah badan dan pening, atau faktor risiko seperti di bawah:-

1. Obesiti (Kegemukan dilihat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi)
2. Diabetes, sakit jantung
3. Asthma, Penyakit paru-paru kronik
4. Wanita mengandung
5. Immuniti yang rendah, pesakit kanser,
6. Mereka yang sudah mempunyai masalah jangkitan paru-paru (pneumonia)

3) Ramai pesakit yang terlalu bimbang kerana mempunyai jangkitan selsema PMI mahu diuji atau dirawat untuk H1N1 di hospital, tetapi disuruh pulang sahaja atau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak diuji. Adakah amalan ini betul?

Tidak ada yang betul atau yang salah tentang amalan ini, kerana wabak ini merebak terlalu meluas dan menyebabkan kita kekurangan sumber. Kes ini bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di semua tempat di seluruh dunia!

Saranan sekarang ialah untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk menjalani ujian di hospital dan klinik. Kemungkinan besar ia sesuatu yang tidak perlu. Saya diberitahu seramai 1000 orang pesakit beratur dengan penuh rasa bimbang di Hospital sungai Buloh untuk menjalani ujian, kerana takut dengan H1N1.

Oleh itu mesej yang disampaikan perlu jelas. Kebanyakan penyakit selsema tidak perlu ujian pengesahan, ringan dan boleh pulih sendiri. 90 peratus akan pulih secara sendiri hanya dengan rawatan mengurangkan simptom, cuma hati hati dengan kemungkinan komplikasi yang emungkin timbul dan faktor risiko yang diterangkan tadi.

Sumber kita sangat terhad terutamanya untuk ujian pengesahan. Masalah ini bukan sahaja di Malaysia tetapisecara global. Permintaan terlalu tinggi di seluruh dunia untuk kit ujian dan bahan reagent kimia untuk H1N1 (Polymerase Chain Reaction) telah melebihi pengeluarannya disebabkan oleh masalah ini.

Sehingga 200 juta kit ujian telah dibahagi-bahagikan ke seluruh dunia tetapi bekalannya sangat kritikal kerana permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, setiap negara perlu mengamalkan kaedah catuan untuk menjalani ujian secara terpilih sahaja kepada pesakit yang betul-betul memerlukan agar pengawasan situasi pandemik dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

4) Adakah doktor keliru apa yang perlu dibuat pada waktu merebaknya wabak ini, terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjalani ujian makmal bagi pengesahan apabila diperlukan?

Tidak sebenarnya. Pada awalnya wujud kekeliruan apa yang perlu dibuat seterusnya, siapa yang perlu menjalani ujian, siapa yang perlu dirujuk dan siapa yang perlu dimasukkan ke dalam wad.
Tetapi sekarang peraturan telah jelas.

Tidak ada keperluan untuk menjalani ujian pengesahan H1N1 atau apa apa virus pun yang menyebabkan selsema. Kita jangkakan sahaja ia adalah H1N1 kerana ia adalah majoriti daripada kes. Rawat simptom sekiranya ringan, beri kefahaman dan keyakinan kepada pesakit bahawa pesakit yang terkena perlu menjaga kebersihan diri, menjalani kuarantin, menjarakkan hubungan, pakai topeng muka bila mereka batuk atau bersin dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan penyakit.

Sekiranya ada sesak nafas dan badan menjadi terlalu lemah, sila ke hospital terus untuk dimasukkan ke wad. Memang dimaklumi bahawa, fasa merbahaya ini tidak selalunya jelas dan difahami oleh semua orang. Tetapi tidak apa lagi yang kita mampu buat - jika tidak kita akan masukkan terlalu ramai pesakit ke dalam wad dan ini boleh menjejaskan perkidmatan kesihatan kita.

Pemerhatian yang lebih ketat dapat membantu yang mana satu pesakit yang betul-betul memerlukan mendapat rawatan yang lebih intensif. Walaubagaimanapun, pasti terdapat kes-kes yang tertentu dimana pesakit semakin teruk tanpa dijangka, dan meninggal dunia sebelum apa-apa boleh dilakukan. Diharapkan ia akan menjadi kes yang terpencil.

Ingatan yang penting ialah semua doktor dan jururawat juga mengetahui bahawa mereka juga perlu berhati-hati dan mengamalkan cara-cara untuk menghalang diri daripada dijangkiti. Masalah ini boleh berlanjutan sehingga satu ke dua tahun. Sekiranya cuai mereka juga boleh terkena jangkitan!

5) Adakah garis panduan dari Kementerian Kesihatan lengkap untuk menangani masalah ini?

Saya fikir, garis panduan dari KKM telah lengkap. Walaupun ada ahli politik yang menyalahkan KKM dan menterinya kerana tidak cekap untuk mengendalikan pandemik ini, tetapi sebenarnya ini tidak tepat.

Kita perlu ingat bahawa ini adalah virus yang baru dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Jangkitannya dan cara perebakannya adalah sangat pantas dan hampir semua orang tidak immun terhadap virus ini.

Kemungkinan, suatu hari nanti, semua sumber dari kerajaan dan sektor swasta boleh digemblengkan untuk disalurkan ke arah yang lebih efisyen. Masalah logistik boleh berlaku kerana manusia adalah berbeza dari segi kapasitinya untuk memahami sesuatu masalah dan mengikut arahan-arahan yang diberikan daripada pelbagai pihak.

Adakalanya permintaan daripada pesakit adalah luar biasa dan kadang-kadang tidak terikut. Setiap pesakit merasakan bahawa penyakitnya adalah lebih bahaya dan memerlukan lebih penjagaan dan analisa.

Doktor juga berada di dalam tahap tidak pasti tentang keseriusan atau tahap bahaya penyakit baru ini - kita cuma baru cuba memahaminya dengan lebih baik sekarang. Oleh itu tahap keyakinan dan penerangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit tidak begitu meyakinkan bagi pesakit terutama kepada pesakit atau saudara mara yang terlalu bimbang.

Tidak ada banyak yang doktor boleh lakukan di dalam keadaan terdesak seperti ini terutama dengan cepatnya merebaknya penyakit ini seolah-olah merebaknya api ganas di dalam hutan. Apapun, kita jangan panik. Ingatlah bahawa 90% daripada pesakit yang terkena akan pulih dan mengalami kesan yang ringan. Kemungkinan hanya 10% sahaja yang dijangka akan mengalami masalah dan dimasukkan ke wad.

6) Adakah adil untuk menghadkan ujian pengesahan H1N1 hanya kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital?

Saya sudah terangkan bahawa keadaan kekurangan kit dan alat reagent untuk menjalankan ujian pengesahan. Lagipun ujian ini tidak boleh dilakukan kepada semua orang di seluruh dunia. Apatah lagi kita mengetahui bahawa hampir semua penyakit jangkitan selsema, batuk dan gejala flu sekarang disebabkan oleh H1N1.

Rasional kita menjalankan ujian pengesahan kepada pesakit dalam wad ialah supaya kita dapat menghadapi musuh yang jelas, mengasingkan pesakit yang mempunyai virus yang bermutasi. KKM juga sedang membuat kajian secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih tepat jenis-jenis virus yang merebak sekarang.

7) Adakah kita kekurangan ubat anti-virus (Tamiflu, Relenza)? Bolehkah saya makan Tamiflu?

Ubat antivirus ini didapati di kebanyakan klinik dan hospital ketika penularan wabak selsema burung (avian flu) tetapi sekarang sangat-sangat terhad. Kita kena ingat ubat ini juga dipesan oleh 167 negara di seluruh dunia.

KKM telah menyimpan di dalam stok 2,000,000 dos tamiflu dan ubat generiknya. Di dalam mesyuarat pandemik antara menteri yang lepas, Malaysia akan meningkatkan simpanan tamiflu kepada 5.5 juta dos iaitu meliputi 20 peratus populasi rakyat.

Buat masa ini, negara tidak mengalami kekurangan tamiflu. Ia cuma belum diedarkan secara umum lagi. KKM perlu memantau pemberian ubat ini dengan lebih ketat.

Sektor swasta pula berlainan pendapat dan mahukan ia diedarkan dengan lebih terbuka kepada umum dan kawalan dapat dikurangkan. Tetapi kita maklumi bahawa terdapat ketakutan yang mempunyai dasar, iaitu apabila berlaku rintangan (resistant) oleh virus ini. Cuba bayangkan virus H1N1 yang tidak lagi lut kepada apa-apa ubat antivirus. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang kita dibunuh oleh virus ini!

Jenis virus rintangan ubat (drug resistant virus) yang kebal ini telah dikesan di Mexico, sempadan US, Vietnam, Britain dan Australia. Oleh itu kita perlu lebih cakna dan menilai keadaan semasa dengan lebih bijaksana.

Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat situasi di mana orang yang sihat pada asalnya tiba-tiba berubah menjadi kritikal atau meninggal dunia, maka para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa virus jenis yang lebih garang ini sudah sampai ke tanahair kita. Atau mungkinkah kita yang lambat untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

Tol kematian ke angka 14 (yang saya tahu 15 orang - seorang belum diumumkan) semakin membimbangkan. Pihak KKM sedang melihat perkara ini dan membuat kajian samada virus bermutasi ini sedang merebak. Kita berharap ia belum lagi berlaku.

8) Apakah masalah yang dihadapi doktor di dalam menghadapi H1N1?

Ia sangat berguna apabila doktor memberikan perhatian yang lebih kepada informasi tentang H1N1, mengetahui perubahan dan pembaharuan informasi setiap hari. Ini boleh membantu pesakit kita.

Melayari internet setiap hari untuk mengetahui informasi terkini boleh membantu. Daripada asyik merungut tentang kekurangan data dan maklumat di dalam arus perdana, para doktor perlu bersikap proaktif dan bertanggungjawab di atas masalah ini yang mungkin berlarutan sehingga ke satu atau dua tahun lagi.

Yang lebih penting, tumpukan perhatian yang lebih terhadap jangkitan paru-paru, faktor risiko dan rujuk secepat mungkin untuk penjagaan yang lebih rapi.
Kemudahan antivirus yang lebih mudah, penggunaannya yang bertanggungjawab, dan pemerhatian yang serius dapat mengurangkan keresahan dan kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan menerima rawatan. Menggunakan antivirus secara tidak terkawal atau untuk mengelakkan jangkitan adalah cara yang salah dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Walaupun begitu, merujuk kepada kes-kes di mana pesakit yang muda tiba-tiba meninggal dunia, maka penggunaan antivirus ini perlu digunakan lebih awal dan lebih aggressif.
Kita mengalu-alukan kehadiran Vaksin H1N1 spesifik dijangka pada akhir tahun.

Buat masa ini, kepada petugas di barisan hadapan, pesakit jantung dan paru-paru dan pengembara yang sering ke luar negara dapat mengambil vaksin untuk flu bermusim yang boleh membantu mengurangkan masalah flu dari jenis lain.

9) Adakah kita sudah melaksanakan apa yang patut dan perlu dibuat?

Ya, apabila kita mellihat apa negara lain buat, kita secara relatifnya agak baik. Kita tidak telalu menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya penyakit ini dan dalam masa yang sama kita adalah telus di dalam menyatakan kemungkinan bahawa penyakit ini semakin merebak.

Pada awalnya, terdapat agensi, orang ramai dan doktor menuduh kami terlalu membesar-besarkan pandemik ini. Dan maklum balas kami dianggap terlalu melampau. Terlalu membesar-besarkan! Hanya apabila ada pesakit yang mati, maka apa yang kita buat sekarang pula dianggap terlalu sedikit!

Jika kita ikhlas memikir tentangnya, cuba bandingkan dengan negara lain, dan kita dapati bahawa tidak ada satu pun kerajaan di negara lain yang berjaya menangani masalah ini secara tepat.

Kita sedang mempelajari penyakit pandemik flu ini, dan maklumbalas setiap egara adalah berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. Di Hong Kong, China, Vietnam, Singapore dan Malaysia, kita pernah mendapat penularan SARS, oleh itu kita lebih paranoid!

Dan pengalaman kita juga, tidak ada flu yang menyebabkan kematian sebelum ini, tak seperti di barat dimana flu bermusim membunuh beratus malah beribu orang setiap tahun! Oleh itu, ketakutan kepada H1N1 tidaklah setanding di barat.

Walaupun sekarang ia semakin digeruni, apatah lagi kemungkinan ia akan bertukar kepada virus yang lebih garang menyebabkan ombak kedua atau ketiga pandemik ini, kita tidak akan tahu sehingga setahun dua tahun lagi.

10) Adakah orang ramai secara umum sudah cukup membantu untuk mengawal penularan ini?

Saya fikir orang ramai sudah cukup diberitahu tentang H1N1 pandemik ini. Malah mereka mungkin terlalu tahu sehingga mereka menjadi terlalu takut. Yang lebih penting, jangan panik dan berlebih-lebih.

Sudah pasti bahawa H1N1 akan merebak ke sekolah, universiti, akademi, kilang, pejabat, tempat kerja dll. WHO menganggarkan hampir 20-30 peratus populasi dunia akan dijangkiti penyakit ini setelah mengkaji model jangkitan penyakit-penyakit yang lalu. Cara jangkita utama dan yang paling pantas ialah melalui jalan udara.

Dimana flu-flu yang terdahulu mengambil masa 6 BULAN untuk merebak ke sekian banyak negara, H1N1 "berjaya" menular ke bilangan negara yang sama dalam masa 6 MINGGU!

Jika senario yang paling teruk berlaku, wabak ini dijangka akan menyebabkan kemasukan hospital sebanyak 100,000 orang sehingga ke 500,000 orang, dan kemungkinan melibatkan 5,000-27,000 orang akan meninggal dunia!

Oleh kerana kita telah memerhatikannya dengan rapat dan mengawal daripada merebak sehingga kini, keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi daripada orang ramai, ia mungkin boleh mengawal jangkitan dan kes kematian ke tahap terkawal.

Bagaimana orang ramai boleh membantu? Pertama belajar dan laksanakan kebersihan diri yang baik.
Sekiranya sakit, pastikan anda duduk di rumah, atau paling baik duduk di dalam bilik.

Pakai topeng muka (topeng 3-ply pun dah cukup). Jangan keluar, jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 3 meter. Jangan keluar dan menyebarkan virus.

Bagi orang muda, ia adalah sesuatu yang sukar. Itu sebabnya virus ini merebak dengan cepat bagi golongan umur 16-25 tahun.

Bila penyakit ini tidak kurang selama beberapa hari, atau semakin teruk, pergi ke hospital yang berdekatan. Yang lebih penting, sentiasa berhati-hati dalan amalkan sikap bertanggungjawab.
Akhirnya, ambil tahu tentang berita terkini kerana informasi tentang penyakit ini sentiasa diperbaharui..

Vaksinasi H1N1 secara besar-besaran akan tiba dan masalah ini kita akan dapat atasi juga. Sementara itu, ia akan mengambil masa, tenaga, kesabaran, penggemblengan tenaga daripada pihak yang berwajib dan juga orang ramai dan menggunakan sumber kewangan yang banyak.

Dr David KL Quek Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Terjemahan oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin

Khamis, 13 Ogos 2009

Bersangka Baik

Azamin Amin Tue Jun 30, 09 1:08:41 pm MYT

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"


Saya tidak akan lupa kata-kata itu. Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota. Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar.

Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar. Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan! Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas. Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya.

"At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu. Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu. Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan. "Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa.

Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja.. Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu. "Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak. "Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah..." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan. "Dan Tuhan kamu berfirman:

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah. Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku.

Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali! Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.' "Apa nak malu, janji saya maju.

Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari. Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype'. Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'. Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah. Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah "While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya. Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak. "Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286) Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11):

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak. Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan. "Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku." Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan. Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram.

Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu. Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk. Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari! Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya. Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00).

Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru. Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar. Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf.. Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi. Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan... Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam. Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni. Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana. Ya, kita dikenang dan dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang. Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata.

Biarlah... Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah. "Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar. " (Surah al Baqarah ayat 155)

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya. - azm

P.s Pengalaman dan iktibar yang baik untuk pedoman hidup kita bersama
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Rabu, 12 Ogos 2009

H1N1: Rakyat keluh-kesah

SAYA seorang pegawai perubatan di sebuah klinik swasta. Saban malam saya dihantui berita "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh 2 tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet.
Saya terfikir seandainya yang menjadi mangsa tersebut adalah di kalangan orang-orang yang saya sayang dan rapat dengan saya, betapa sedihnya saya ketika itu.
Saban hari pula kita disajikan dengan berita kematian seorang demi seorang rakyat Malaysia kerana jangkitan H1N1 ini.
Namun, nampaknya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia masih belum mengambil langkah drastik untuk mengawal penularan virus ini.
Penyakit ini memang mudah merebak, namun saya merayu pihak Kementerian Kesihatan terutama sekali Menteri Kesihatan; Datuk Liow Tiong Lai tolong fokuskan kepada cara mengawal @ meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.
Lakukanlah pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam, kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama lagi beliau demam.
Lebih awal dikesan, lebih awal dapat dimulakan rawatan dan berkuranglah penyebaran kepada orang lain yang sihat. Kenapa perlu tunggu sehingga pesakit masuk wad atau dah kritikal baru nak dibuat saringan. Kenapa? Kerajaan tak cukup duitkah hendak menampung ujian tersebut?
Sedarlah ini adalah 'tsunami' yang bukan berbentuk ombak besar yang dapat dilihat dengan mata kasar tapi virus yang amat halus yang berterbangan dengan membawa impak yang amat besar.
Tolonglah. Berilah perhatian pada masalah ini, rakyat tidak bimbang lagi siapa yang akan menang di Permatang Pasir, tapi rakyat lebih bimbangkan kesihatan mereka, suami/isteri dan anak-anak mereka.
Melaburlah lebih sedikit untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.
Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik
Sama-samalah kita membanteras influenza A H1N1. Setiap penyakit diciptakan Allah, ada penawarnya, kecuali mati.
DOKTOR RISAU
8 kematian, 270 kes baru H1N1 Ogos 11, 09 12:14pm

kemaskini 11.55pm Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 40 orang apabila lapan lagi kematian - termasuk dua kes yang disahkan di Johor hari ini - dilaporkan.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan.


Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

Dalam kenyataan rasminya, ketua pengarah kesihatan berkata enam kematian terbaru juga berlaku lebih awal tetapi hanya disahkan dijangkiti H1N1 beberapa hari lalu.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi atau asma.

"Tarikh kematian sebenar enam kes tersebut seperti berikut: 4 Ogos (seorang), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos (3)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Pada masa ini seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 11 kes di unit tersebut, empat mempunyai faktor berisiko iaitu penyakit kronik (dua orang), obesiti (1) dan selepas bersalin (1).

Disahkan hari ini

Sementara itu, Johor hari ini mencatatkan dua kematian terbaru akibat jangkitan wabak tersebut, lapor laman web Utusan Malaysia.

Exco kesihatan negeri Dr Robia Kosai dipetik berkata, dua kematian itu membabitkan berumur 43 dan 51 tahun di Batu Pahat yang kedua-duanya meninggal dunia semalam.

Menurutnya, walaupun dua mangsa meninggal dunia semalam, namun mereka hanya disahkan mati akibat H1N1 hari ini - rekod Kementerian Kesihatan setakat ini tidak memasukkan dua kematian berkenaan.
Berita Terkini

Isnin, 10 Ogos 2009


SATU PANDANGAN

KALAU DIA BOLEH DEPA LAGI BOLEH

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motorsikal ada paku-paku tajam di taburkan. Ini untuk tujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari itu ada iklan – tukartiub. Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di penurun jalan sesudah terowong lebuh raya Karak – sering minyak ditaburkan. Pernah keretanya tergelincir sekali.

Tidak jauh terowong ini ada lori tarik kereta menunggu.Ini adalah contoh taktik untuk menjalankan perniagaan. Ini cara untuk mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan yang menjadi rukun iman ialah keuntungan. Semua yang berniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 26 orang warga negara kita telah ditewaskan oleh virus H1N1. Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua ini?Pada tahun 1963 – satu persidangaan telah diadakan di Iron Mountains tidak jauh dari Hudson New York.

Ketika ini Amerika sedang bertarong di Vietnam, Laos dan Kamboja. Ini adalah persidangan para pemikir untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku perang. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan :- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum koprat- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial- Melahir kan musuh sebagai strateji politikDari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetic dan genocide dalam usaha untuk mengawal manusia untuk memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Disini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknolojibio akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.Pada tahun 1970 telah keluar satu memo - National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.Ini sebahagian dari memo yang ditulis oleh Henry Kessinger:‘ There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers ( though apprently not recent migrants) may serve as a volotile, volient force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of voilent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comphrensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.’Dalam bahasa yang senang Henry Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu di kawal dan dibersihkan. Ini samalah dengar dasar ‘setinggan sifar’ yang selalu di warwar kan dalam negara kita ini.Justeru – hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi.

Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang bekait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana dari syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrek dari Jabataban Pertahanan Amerika.Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis.

Tujuan penyelidikan ilmiah mereka ialah untuk membuat keuntungan maksima. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan perniagaan untuk mendapat untung.Syarikat ubat benabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – ini dasar kaum kapitalis.Justeru jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, Hiv, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor bagitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan

:1 – mengurangkan penduduk dunia2 – menjual ubatanTidak masuk akal ? Ini hanya teori konspirasi ? Ini pandangan gila Hishamuddin Rais?Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium – DU – sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan.

Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat pensenjataan telah menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. Depleted Uranium atau DU ini dari apa yang diheboh-hebohkan adalah uranium yang telah mandul kuasanya.

Justeru tidak merbahaya kepada manusia. Ini bohong. Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – dimana ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu.

Ada yang bengkang bengkok. Bayi-bayi ini adalah gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknoloji kaum imperial Anglo-Amerika. Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.Ini pandangan karut dari Hishamuddin Rais ? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga.

Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ini adalah penyakit baru dimana pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 80’an dahulu para veteran Desert Storm di United Kingdom telah menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir banyak yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan – kaum kapitalis – tidak memiliki hati perut. Apa yang penting ialah keuntung besar.

Dan ini juga adalah selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ini juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Henry Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka. Ini samalah seperti mengawal penduduk Kampong Kerinchi dari berpindah ke Country Height atau mengudam setinggan di Kampong Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tengku.

Juga hampir kesemua soldadu yang pergi berperang itu adalah anak-anak muda dari kelas bawahan. Mereka ini seperti kata Henry Kessinger adalah sampah yang akan membawa masaalah. Soldadu Amerika hampir 80% adalah berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera.

Anak-anak orang kaya pergi ke Havard dan Yale. Mereka berakhir membuat harta di Wall Street atau menjadi CEO syarikat multinasional. Malah Bush sendiri telah mengelat dari pergi ke Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang telah ‘dibebaskan’ atau yang telah dibocorkan maka ternyata virus terbaru H1N1 ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia dibumi ini sedang berjalan dengan baik.

H1N1 ini adalah sebahagian dari strateji itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan disini – atau menganggap ini hanya teori konspirasi – sila cari dan baca - ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan hal ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini telah keheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1.

Ini juga adalah pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberi tahu yang vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan – mula-mulanya – kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menaburkan paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit.

Inilah sifat kapitalis. Inilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis – ubatan adakah untuk kesihatan bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis hospital adalah milik rakyat bukan untuk disawastakan. Dalam ekonomi sosialis perubatan adalah untuk semua bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyrakat sosialis umat manusia adalah penjana tamadun bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan bukan untuk keuntungan.TTNota : Sebaik sahaja tulisan ini siap angka kematian telah bertambah dari 26 ke 32 - jam 3.20 petang 10 Ogos 2009.

Nota : dari artikel Tukar Tiub

H1N1

DON’T’T GIVE TAMIFLU TO UNDER -12 WARN RESERACHER – The Guardian London


10 August 2009 Antiviral drugs like Tamiflu and Relenza that form the cornerstone of the government's fight against swine flu should not be given to children under the age of 12,

researchers said today.They called on the Department to Health to immediately reassess its pandemic flu policy after finding that side-effects from medicines such as Tamiflu could outweigh any benefit.The research, by Dr Matthew Thompson, a clinical scientist and Oxford GP, and Dr Carl Heneghan, from the John Radcliffe hospital in Oxford, found that in some children Tamiflu caused vomiting, which can lead to dehydration and complications.

The team said it was "inappropriate" for Tamiflu and Relenza to be given to most children with mild flu symptoms. "The downside of the harms outweigh the one-day reduction in symptomatic benefits," Heneghan said."One of the health messages going forward should be that we do not rely on Tamiflu or Relenza based on the evidence we have today.

GPs should be seeing more children to check their symptoms. Getting rid of the reliance on Tamiflu as a magic bullet is the way forward."The government has repeatedly referred to its stockpile of antivirals as one reason why people should not be overly concerned about the current pandemic.The study, a peer review of seven trials, found Tamiflu had little or no effect on asthma flare-ups, ear infections or the likelihood of a child needing antibiotics.

The research comes little over a week after other research found that children given Tamiflu reported side-effects including nausea and nightmares.

Nota: The Guardian adalah akhbar kiri yang paling berpengaruh di Eropah.Akhbar ini tidak dimiliki oleh individu atau sayarikat pemodal.The Guardian dijalankan oleh dana yayasan.

Ahad, 9 Ogos 2009

Kesedaran Lemah




H1N1 Semakin Menular

Semalam jumlah kematian yang dikumpulkan oleh H1N1 menciptakan rekod terbaru dengan jumlah terkumpul dari 3 0gos 2009 berjumlah 9 orang . Saya melihat rakyat Malaysia masih lagi memiliki kefahaman dan kesedaran yang rendah tentang kesan penularan penyakit ini. Iklan di television masih lagi menyiarkan penularan dari Negara luar sedangkan penularan dan peningkatan kes tempatan melebihi kes luar Negara. Saya membawa anak ke pasaraya semalam dan mendapati hanya kami yang mengunakan topeng muka didalam pasaraya tersebut, bila saya tanyakan kepada petugas kaunter kenapa tidak mengunakan penutup muka, saya di maklumkan bahawa pihak pengurusan pasaraya tidak membenarkan mereka memakai topeng untuk megelak dari pelanggan berasa panik dan takut. Kejadian kedua, saya telah melarang anak saya untuk kesekolah selama 2 dari kerana mendapati tanda-tanda ILI telah terdapat di sekolah anak saya dengan beberapa kanak-kanak yang mendapat tanda deman, batuk dan selsema.

Terdapat sebilangan ibu bapa yang masih menghantar anak-anak kesekolah dengan alasan tiada pengasuh, beranggapan demam biasa dan terdapat kes dimana selepas sekolah menghantar anak kembali ke rumah terdapat ibunya dirumah. Alasan yang diberikan adalah peperiksaan semakin hampir. Kanak-kanak ini telah diarahkan oleh doktor untuk berada dirumah tetapi keluarga mereka ingkar arahan yang diberikan.

Penularan wabak ini memberikan kesan yang besar kepada masyarakat, kebimbangan dan kegusaran penularan penyakit ini perlulah diberikan perhatian serius oleh pemerintah. Dari pemerhatian saya mendapati berita-berita politik melebihi dari berita kaedah pencegahan dan tindakan yang sepatutnya. Kita perlulah telus dan jujur dalam menengani wabak ini serta menerima hakikat bahawa pelancongan akan mengalami kemerosotan disebabkan oleh wabak ini. Pengarah kesihatan meminta masyarakat agar tidak panik sedangkan saban hari jumlah kematian semakin meningkat, saya ingin menyarankan beberapa perkara untuk pertimbangan;

1. Membatalkan sama sekali Sambutan Hari Kebangsaan kerana melibatkan perhimpunan dalam jumlah yang ramai dan memudahkan penularan wabak ini. Semangat patriotik rakyat tidak akan terjejas dengan tiada sambutan pada tahun ini.
2. Mengalakkan rakyat menghadkan zon perjalanan dari satu destinasi kesatu destinasi
3. Membekalkan peralatan suhu badan kesemua sekolah-sekolah untuk ujian saringan sebelum kelas dan kuliah bermula
4. Mengalakkan aktiviti yang tidak melibatkan pertemuan dengan orang ramai dengan melakukan banyak kerja dari rumah-rumah ( telah diamalkan di Eropah) . Gunakan sepenuhnya kemudahan internet.
5. Sekolah diberikan cuti lebih awal memandangkan cuti sekolah jugak akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi.
6. Membatalkan segala aktiviti lawatan dari satu tempat ke satu tempat yang tidak penting.

Semoga kita dapat memainkan peranan dengan lebih bertangungjawab demi mencegah penularan wabak penyakit ini dan senantiasa berdoa melakukan solat hajat.

Azizul Azli Ahmad

Khamis, 6 Ogos 2009

Tabiat Menunggu !



Siapa Lagi Nak Mati !




PERTENGAHAN Mei lalu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Chan memberi amaran kepada penduduk dunia tentang gelombang kedua wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).


Ketika itu virus HINI baru tersebar. Belum ada yang terkorban manakala kebanyakan mangsa yang dijangkiti selesema babi merupakan kes import.
Selepas lebih dua bulan amaran wakil badan dunia itu berkumandang, wabak selesema babi yang dulu berada pada tahap sederhana kini mencetuskan kebimbangan.
H1N1 bertukar menjadi pandemik. Korban yang dicatatkan akibat wabak tersebut meningkat secara mendadak.


Jumlah kematian di negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan Argentina mencecah ratusan, sementara kes kematian (sekurang-kurangnya satu) mula dilaporkan di beberapa negara baru. Laporan WHO juga menunjukkan tidak kurang 30,000 kes selesema babi di seluruh dunia dan angka itu pantas menokok.


Paling menarik perhatian adalah trend kematian – kebanyakannya berpunca daripada jangkitan tempatan. Bermakna wabak yang bermula dengan bawaan dari luar kini tersebar di sesebuah negara secara dalaman.


Mangsa yang menyebarkan virus tersebut tidak lagi terdiri daripada pelancong atau rakyat sesebuah negara yang baru kembali dari negara lain di mana telah ada catatan kes H1N1.
Virus itu juga telah membuktikan bahawa ia mampu merebak dengan cepat dan tidak mustahil dalam masa yang singkat mengalami mutasi sehingga menjadikan wabak selesema babi berada pada tahap serius.


Apatah lagi dalam keadaan simptom wabak tersebut kini semakin pelbagai dan ia tidak terhad kepada ciri-ciri biasa seperti selesema, demam atau sesak nafas.
WHO mengesan ada kes di mana pesakit H1N1 tidak mengalami demam sebaliknya hanya cirit-birit. Perkembangan itu menyukarkan usaha untuk mengenal pasti mangsa wabak tersebut.


Di Malaysia, graf kematian akibat selesema babi selepas korban pertama pada bulan lalu menunjukkan peningkatan ketara. Bermula dengan kes kematian penuntut warga Indonesia yang kemudian diikuti rakyat Malaysia yang baru pulang dari Belgium. Korban seterusnya adalah kes tempatan termasuk yang terbaru kanak-kanak berusia enam tahun di Pahang semalam.


Perkembangan itu sememangnya kurang menyenangkan. Angka kematian turut dicatatkan di negara jiran – Brunei dan Thailand.
Usaha membendung wabak ini telah dilaksanakan sebaik-baik sahaja H1N1 muncul di negara ini. Amaran dan garis panduan mengenainya telah dikeluarkan.
Biar pun kerajaan dikatakan tidak bersungguh-sungguh namun pembendungan wabak ini hakikatnya tidak menunggu lama untuk dimulakan.


Cuti kakitangan Kementerian Kesihatan dibekukan. Antivirus diimport menggunakan peruntukan berjuta ringgit. Setiap hari amaran dikeluarkan kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati, menjaga kebersihan, segera mendapatkan rawatan dan jangan berkunjung ke negara-negara berisiko kecuali atas urusan yang tidak boleh ditangguhkan.


Namun rakyat negara ini kurang prihatin, tidak responsif dan ambil mudah. Jika mahu dikatakan wabak selesema babi masih baru dan kurang diketahui bahayanya menyebabkan rakyat tidak peka, senario yang sama berlaku dalam usaha membasmi wabak denggi.


Sangat terbukti denggi masih menjadi ancaman dalam masyarakat. Setiap hari ada saja nyawa yang terkorban akibat gigitan nyamuk aedes yang melarat membawa kepada demam denggi.
Puncanya hanya satu. Orang ramai alpa dan tidak pernah serius terhadap usaha serta ratusan juta ringgit yang telah dibelanjakan untuk menghapuskan aedes.


Persekitaran tidak dijaga, tapak-tapak pembinaan tidak diselia sehingga menarik minat nyamuk aedes untuk bersarang di situ.
Begitu juga dengan kawasan perumahan, pusat perniagaan, pasar-pasar gagal dipastikan paras kebersihannya menjangkau piawaian yang ditetapkan menyebabkan denggi terus menjadi wabak dan ancaman maut kepada rakyat negara ini.


Perkara yang sama jelas dilihat dalam kes selesema babi. Kebanyakan kematian disebabkan oleh kegagalan mangsa mendapatkan rawatan segera. Biar pun telah berkali-kali diingatkan (cuma tidak dibawa rotan dan dipaksa) sesiapa sahaja yang mengalami simptom-simptom H1N1 mendapatkan rawatan segera. Namun sindrom tidak kisah, tidak apa dan tunggulah – membawa kepada pengabaian yang berakhir dengan maut.


Ada juga pesakit yang cukup dengan sekali sahaja mendapatkan rawatan. Demam berpanjangan dibiarkan begitu sahaja, manakala nasihat supaya menjaga kebersihan diri langsung tidak diberi perhatian.


Begitu juga dengan nasihat supaya ditangguhkan perjalanan ke luar negara bagi tujuan yang tidak penting. Tidak ramai rakyat Malaysia mahu akur arahan tersebut menyebabkan usaha kerajaan membendung wabak itu tidak berjaya menampakkan kesannya.
Nasihat supaya memakai penutup hidung dan mulut juga kurang mendapat sambutan, menyebabkan virus yang tersebar menerusi udara khususnya di tempat tumpuan ramai itu merebak pantas terutama di kalangan mangsa yang berisiko tinggi dijangkiti wabak itu.


Begitu juga tahap pematuhan arahan kuarantin di rumah. Ramai yang ingkar dan memandang ringan arahan tersebut sebaliknya mengambil kesempatan berjalan-jalan dan membeli-belah.
Lebih memburukkan keadaan apabila sambil lewa itu berlaku juga di kalangan pengamal perubatan apabila ada pesakit dengan simptom selesema babi gagal diberi rawatan segera.


Ada pesakit H1N1 selamba disuruh pulang atas alasan dia menghidap demam dan selesema biasa. Sedangkan diketahui itu adalah ciri-ciri selesema babi yang mesti diberikan rawatan segera dan disusul perkembangan pesakit dari semasa ke semasa.


Sebab itu rakyat Malaysia mesti responsif. Bukan sahaja terhadap nasihat dan garis panduan yang disediakan oleh kerajaan malah bertindak balas dengan melaporkan segera sebarang pengabaian kepada pihak yang berkenaan.


Untuk menjadi responsif, rakyat mesti mempunyai pengetahuan dan peka terhadap perkembangan semasa. Lebih penting daripada itu segala-galanya mesti disusuli dengan tindakan segera tanpa memberi ruang kepada pengabaian masa.


Buang sikap tidak apa. Jauhkan juga tabiat ‘menunggu kematian’ (melibatkan darah daging sendiri) baru hendak bertindak. Sering kali kalangan rakyat Malaysia tidak menginsafi paparan angka nyawa yang terkorban baik disebabkan wabak, kemalangan mahu pun penyalahgunaan dadah.


Sebab itu jugalah angka-angka itu terus meningkat tanpa ada ruang untuk menoleh ke belakang. Jalan singkat adalah dengan menyalahkan kerajaan sebagai punca segalagalanya.
Kesanggupan para petugas di hospital untuk mendedahkan diri mereka kepada jangkitan maut yang dibawa oleh pesakit-pesakit yang dirawat tidak pernah diabaikan daripada ingatan.
Bukan hendak disimpulkan langkah-langkah kerajaan menangani wabak selesema babi lengkap dan sempurna kerana ruang penambahbaikan masih terbentang, namun segala usaha itu akan sia-sia jika rakyat tidak memainkan peranan.


Isnin, 3 Ogos 2009

Solat Diutamakan












Sejarah Solat



SUBUH:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Posted by Rumah Buku at 09:50 0 comments
Labels: