Isnin, 7 September 2009

Astaka














































Rekabentuk Astaka : Pemahaman Keseniaan Islam


Beberapa pelajar datang berbincang tentang 'design' astaka untuk tugasan mereka, saya sangat berminat dan teruja dengan projek sebegini. Melibatkan proses rekabentuk dan pemikiran kefahaman Islam dan senibina Islam. Projek baru sebegini menarik dan mencabar pemikiran pelajar, beberapa perkara perlu di pertimbangkan oleh pelajar sebelum melakukan proses rekabentuk ;

1. Kefahaman dan falsafah seni bina Islam difahami terlebih dahulu ( baca tulisan saya dalam Utusan ; Perbahasan Ciri-ciri Seni bina Islam ), Islam bukan hanya pada Arabes dan Kaligrafi

2. Melahirkan rekabentuk yang baru tanpa merujuk kepada 'kegemilangan seni bina Islam terdahulu' dan menjadi anda seorang yang nostalgia.

3. Tidak hanya menampal ukiran geometri , arabes, kaligrafi , khubah sebagai 'elemen seni bina Islam'

4. Melahirkan konsep dan idea baru dari luar kotak pemikiran seniman Islam sebelumnya dengan menampilkan ciri-ciri terbaru.

Saya sertakan beberapa 'design' masjid yang direkabentuk oleh 'beberapa sahabat' untuk satu projek di indonesia dizaman saya disana dahulu.

selamat berjaya.

p.s susah betul nak masukkan gambar, line x bagus. rujuk di blog; diserambibuku.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan