Isnin, 7 September 2009

Baju Raya

Saya berkesempatan bawak anak-anak beli baju raya semalam dan keadaan tahun ini berbeza dengan tahun dahulu
dan mungkin tahun sebelumnya;

1. Tak ramai orang yang membeli baju atau berbelanja, mungkin sebab tak ada bonus atau sebaliknya ( saya jugak keluarkan duit simpanan ASB untuk beli baju raya anak dan mak anak, hehehehehe)

2. Faktor kesihatan - mungkin ramai yang bimbang penularan H1N1 yang semakin menular

3. Masih awal - semalam dan lebih 2 minggu kita berposa mungkin ramai yang belanja saat akhir

4. Ekonomi dunia- tak stabil , tapi apa kaitan dengan baju raya? mungkin ramai yang diberhentikan atau gaji mula di kurangkan, yang penting masih mampu untuk membeli ubatan dan makanan.

Bersyukur kerana diberi kenikmatan untuk hidup dengan aman dan melakukan ibadah dengan baik serta tenang. Gempa bumi di Jawa Barat mengingatkan saya pengalaman kesusahan hidup warga indonesia disana.

Azizul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan