Isnin, 14 September 2009

etika mengunakan Hp







Hp Baru,



Hp hari ini bukan lagi sebuah gaya hidup tetapi merupakan keperluan kepada semua umat manusia. Ramai yang memiliki Hp hari ini, tetapi ramai yang tidak begitu memahami etika pengunaan Hp. Saya antara orang yang masih belajar memahami kegunaannya, ketika menunaikan solat terawih semalam tiba-tiba lagu faizal tahir hadir bersama imam yang sedang membacakan surah fatihah. hebat bukan?



Saya jugak mengalami beberapa pengalaman ngeri dengan beberapa pelajar yang menguhungi saya pada jam 12.48 tengah malam! hebat bukan kerja saya hingga tengah malam harus memikirkan perancangan ruang untuk projek mereka. pada sekitar jam begitu apabila telefon berdering kita mula memikirkan hal-hal kecemasan di kampung dan sebaliknya.



Saya meletakkan garis panduan untuk pelajar menghubungi saya sehingga jam 9.00 malam sahaja. seringkali saya maklumkan pada awal semester untuk peringatan pelajar, malah saya sediakan satu slide etika pengunaan Hp sewaktu dalam dewan kuliah untuk panduan bersama. seandainya ada kecemasan atau hal-hal yang benar mustahak dibenarkan telefon. sekiranya tidak perlu lebih baik tangguhkan sehingga ayam berkokok subuh besok sahaja.



rakan saya memiliki etika yang lebih 'cemerlang' dimana tidak pernah mendedahkan no Hp kepada pelajar dan menukar no Hp baru bagi mengelak dari dihubungi oleh orang yang tidak dikenali. Hasilnya mesyuarat akademik baru-baru ini dia gagal dihubungi dengan jayanya.



saya mohon lebih beretika dalam pengunaan Hp demi kesejahteraan bersama.



Salam Ramadan



Azizul Azli Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan