Sabtu, 27 Jun 2009

Bali Lagi!













Catatan tambahan dari Pulau Dewata untuk pertimbangan dari kefahaman yang lalu:


1. Hukuman Adat bagi kesalahan yang dilakukan : pengalaman 2 tahun di Indonesia (2002-2004 Bandung) menjadikan saya agak ngeri dengan kejadian jenayah di Indonesia terutamanya di Jawa. Dengan kepadatan penduduk 44 juta di Jawa Barat menjadikan jenayah sangat rawan di sini. Uniknya saya hampir tidak pernah mendengarkan kejadian ‘rampokkan’ atau pembunuhan di Pulau Dewata. Masyarakat Bali mengunakan hukuman adat untuk menghukum penjenayah menjadikan kejadian jenayah hamper tidak pernah berlaku disini. Kefahaman bahawa setiap kejahatan pasti akan menerima balasan juga menjadikan mereka sangat taat pada kepercayaan agamanya dan tidak melakukan kerosakkan di bumi dewata. Alangkah indahnya jika hukuman Islam boleh terlaksana di bumi kita.

2. Persisiran Pantai merupakan fasalitas umum: kefahaman bahawa pantai, gunung dan danau (tasik) merupakan kemudahan awam menjadikan kawasan-kawasan ini tidak boleh dimiliki. Hotel menetapkan sempadan kawasan bahawa pantai boleh digunakan oleh sesiap sahaja, terutama untuk upacara keagamaan mereka. Pantai Tioman, Cenang, Tanjung Rhu dan pangkor seringkali ‘Berjaya’ dimiliki oleh pengurusan hotel yang membangunkan kawasan tersebut. Orang awam hanya mengunakan sisi persisir yang tidak terurus sahaja. Menarik juga dalam beberapa iklan di Bali saya temukan juga individu yang ingin menjual kawasan pantai, aneh bukan ?

3. Bangunan di bangunkan tidak melepasi pohon kelapa: setiap bangunan yang dibangunkan hendaklah tidak melepasi ketinggian pohon kelapa ataupun 15 meter tinggi. Waktu kali pertama saya ke Bali terdapat sebuah hotel yang dibangunkan di Nusa Dua memiliki ketinggian melepasi pohon kelapa pada waktu itu, tetapi kini apabila saya dating. Bangunan itu telah tiada. Menarik bukan. Menghormati dan memahami tuntutan alam menjadikan setiap bangunan yang dibangunkan di Pulau Bali sangat unik. Dengan ketinggian yang yang sedemikian menjadikan senibina Bali sangat harmoni dengan alamnya.

4. Panti Pijat @ urutan mesra Bali : perbezaan ketara Bali dari tahun 2005 yang lalu adalah wujudnya banyak pusat mengurut yang sangat mesra pelanggan disekitar Jalan Legian Kuta. Apakah bermotifkan kesihatan atau sebaliknya kurang pasti. Yang jelas kurang lebih 20 meter pasti anda akan ditawarkan urutan refesiologi yang sangat menarik. Tawaran harga yang murah pasti mecairkan iman setiap ‘wisatawan’ ke Bali. Kebanyakkan pemilik ‘toko urut’ ini adalah milik warga Australia dan Bali yang berusaha sama untuk pelastarian ekonomi Bali. Bali semakin mesra pada penguhuninya yang semakin lelah berjalan kaki

5. Kebersihan dan pencemaran di Bali : legian tidak seperti dulu lagi, kebersiahan semakin hilang. Sampah yang dikumpulkan malam harinya memenuhi jalanan Kuta. Anjing-anjing juga mula memasuki kota dan mencari sisa-sisa yang ditinggalkan oleh wisata asing. Dulunya kawasan ini damai dan bersih sekali tidak seperti pulau Sumatra atau Jawa yang sangat sambrono sampahnya dimana-mana. Bali hari ini termakan kesan globalisasi konsumen yang mewah dengan sampahnya.

6. Hiburan dan ‘diskotik’ adalah raja; sasaran pengebom Bali pada 13 oktober 2002 adalah pusat hiburan di Bali @ disco Bali yang tak pernah mati. Tempat sebegini menjadi raja kepada golongan muda Australia yang dahagakan hiburan dan lupakan kematian. Maka tidak hairanlah apabila jumlah korban terbesar pada malam bersejarah di Pulau Dewata adalah pemuda ‘Australi’. Hiburan sampai pagi menjadikan jalan Kuta tidak mati, pelbagai gaya dan persembahan bagi menarik pengunjung untuk bersama menikmati kehidupan ini. Seperkara yang menarik di Bali-sesiapa yang mabuk berat akan dihantar pulang ke hotel masing-masing demi keselamatan mereka oleh kecamatan desa ( rukun tetangga kita) , ini bertujuan mengelak dari mereka ‘kacau bilau’ dijalanaan atau mereka yang dikacau.

7. Ngurah Rai @ airport Denpasar ; tiada perubahan ketara di ‘bandara’ ini dengan kaunter kastam yang sangat tinggi dan kurang mesra pelanggan. Bagi individu yang kecil dan kurang vitamin pastinya perlukan kasut tumit tinggi yang asli untuk sampai menatap mata ‘bapak’ imigrasi. Saya sangat curiga dan seringkali berpransangka yang buruk untuk melewati imigrasi Indonesia, entah kenapa?.

8. Adat Budaya yang kental: melewati usia ‘parawisata manca negara’ yang tidak pernah putus menjadikan Bali sangat terdedah pada segala virus yang pendatang. Di pantai Kuta remaja pantai yang bersubang dan bertelinga gondang serta rambut perang tetapi masih mengamalkan adat dan kepercayaan. Upacara agama dan adat dimonopoli oleh mereka ini. Tatu ditangan kekal sebagai lambang kemodenan yang datang.

9. Pemandu Pelancong dan Iklan Barang dagangan : orang Bali senang didekati dan ramahnya tinggi . Pemandu pelancong pastinya akan menceritakan sejarah Bali, keistimewaan Bali, Agama Hindu, kehebatan tenunan Bali, kekayaan seni, adat budaya dan segala macam istimewanya Bali. Bila pemandu pelancong menjadi ‘pembelot’ mereka akan membawa anda ke tempat yang mereka miliki keuntunga (komisen). Tempat lawatan menjadi tidak menarik dan hanya tertumpu pada tujuan membeli gelang perak asli, batik asli, ‘kaos’(baju) asli dan banyak lagi. Yang pasti setiap belian anda pasti ada ‘uang’ untuk mereka. Jadual perjalanan yang diubah menurut mereka sahaja dan menjadi media iklan yang mana barang asli yang mana bukan asli.

Azizul Azli

H1N1 semakin menganas

1 ulasan: